Tuesday, January 1

2012 dalam kenangan : Terpanjang


Assalamualaikum,


Pertama sekali,
wanblur nak ucapkan selamat Tahun Baru 2013 kepada yang sudi membaca blog picisan wanblur ini. Semoga semua tindakan dan perbuatan kita di tahun yang lalu, diberikan ganjaran pahala oleh Allah, dan segala khilaf dan salah diberikan keampunan. Semoga semua diberikan taufik dan hidayah dalam mengharungi sisa-sisa hidup yang sudah tak seberapa saja lagi nie. amin.


Bagi wanblur, tahun 2012 banyak kenangan manis jika dibandingkan dengan tahun-tahun yg berikutnya. Kalendar bulanan sepanjang tahun dipenuhi dengan sesuatu yang sweet-sweety gitu. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai "apakah itu kegembiraan". Banyak sangat aktiviti luar dan dalam yang di'join'nya.. kadang-kadang, rasa macam agak terganggu pelajaran. Tapi, bila fikir balik... tak pa la, sekali-sekala pengalaman baru. lepas nie, mungkin tak sempat nak merasainya lagi. ye tak?

Anak Saudara Pertama yg bernama Qhaliff Iman. Hanya beberapa kali sahaja aku sempat tengok muka budak nie. Tuptup, dah setahun umur dia. aishhh

Festival Alumni 2012. Banyak yang aku pelajari daripada organisasi ini. Banyak feedback dan kritikan membina..

Jamuan Makan kumpulan JKM 4. Wanblur melantak satay sampai kembung dan terus membusung sampai sekarang. OMG, harap-harap ada lagi pada masa akan datang!!

Awal tahun 2012. Agak tertekan dengan Resit Exam untuk posting O&G. Alhamdulillah, banyak kawan-kawan yang tolong. Supervisor yang sporting. Akhirnya, Allah bagi lulus jugak untuk masuk tahun 4. Tak sempat nak bercuti semester bersama keluarga pun. Takpa,.. pengorbanan...


Dalam busy-busy dengan posting Paeds dan Ortho semasa semester satu, wanblur sempat pergi melancong ke Tasik Chini, RTC Gopeng, dan majlis bersahur dengan adik-adik dekat rumah Titian Kasih semasa Ramadhan. Barangkali adik-adik dekat rumah itu sudah menjadi sebahagian daripada diri kitaorang. Saban tahun tidak jemu melawat diorang. Harap2 mereka belajar sungguh-sungguh!

Program pertama 3C Core Clinical Course untuk pelajar tahun 3 yang baru masuk Tahun Klinikal dekat PPUKM. Program pertama sebagai Exco Akademik Klinikal.

Ahli kumpulan semasa posting Paediatric dibawah Prof Wu. Terbaik!
SInggah sahur 2012 di Rumah Titian Kasih, Tasik Titiwangsa

Walaupun result untuk semester pertama tahun 4, seperti yang dijangkakan. kantoi paper Paeds yang sangat susah dan killer itu. Wanblur happy bila masuk posting psychiatric yang very-the-relax!! Dapat jumpa prof Marhani yang sangat cool dan bermotivasi. Rasa heaven! Alhamdulillah.. sempat jugak berprogram dgn budak2 dyslexia dan berkunjung ke Hospital Bahagia Ulu Kinta aka Tanjung Rambutan!!


Semester dua (dalam bulan oktober keatas), wanblur sempat ke RTC Kelantan dan UIA Kuantan untuk beberapa program. Berjalan-jalan sakan. Nie kalau mak gua tahu, mamposs...  oh ya, sempat jumpa junior semasa sekolah menengah dulu dekat UIA. hensem sial dia nie.!!



Penat menyusuri tahun 2012 yang banyak mengajar erti kebahagiaan dan erti penghinaan. Semasa merupakan program terakhir yang disertai iaitu AGM Persiap. Gerun nak mampus sebelum pergi program. Fikir macam-macam. "apa la yang diorang nie nak tanya aku nanti?"


Semoga kenangan tahun 2012 disimpan rapi, dan buku baru. DIARI 2013 akan terukir dengan cermat dan diberkatiNya.


Selamat tahun baru

Tarik nafas dalam-dalam untuk pastikan perut tidak kelihatan semasa bergambar! pufff~~

p/s: Currently in first week of Opthalmology. i'll try my best!!


 **Entri dibawah dipenuhi dengan gambar-gambar**


Pertama berjumpa dengan sahabat merangkap nenek angkat aku. beliau jugak merupakan seorang blogger yang meningkat naik.
Program HOPE 2012. Menjadi fasilitator terjun untuk pelajar Mesir yang datang menimba ilmu. Aish... apalah yang digebang oleh aku. haha. cian  diorang!
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat KTDI. Habis satay aku makan.
Program Health For Malaysia di Gopeng. Bergambar sebelum memulakan tugas khigmat kesihatan disana
program health For Malaysia di Kelantan. Pertama kali menjejakkan kaki di kelantan, tanah kelahiran salah seorang perempuan yang pernah berada dalam hati.. dulu... best!
Sesi bergambar dengan supervisor Orthopaedic, Misz Hazla dan ahli kumpulan yang lain.

Sambutan Hari Lahir oleh diorang  yg senget-senget tue.. appreciate!!
Kawad SUKEM untuk Majlis Penutupan SUKEM UKM 2012.
berkunjung ke Burger Bakar Abang Burn di MBO.. sedap!!
Anak sedara yang kedua. wanblur masih belum berjumpa dan tahu namanya. harap2 nanti ada masa.


1 comment:

The Medical Duo said...

Salam alaik wan..

Singgah bace blog shbt2 :) Salam ukhuwah dari kaherah.