Sunday, December 9

laluan selepas PMR



Assalamualaikum,


Dalam sistem pendidikan di negara ini, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) merupakan peperiksaan kedua yang besar akan dilalui oleh budak-budak sekolah. Selepas UPSR yang dijalankan semasa usia baru mencapai akil baligh dan kematangan pada usia 12 tahun, PMR pulak merupakan Transition Point yang menentukan aliran kehidupan yang bagaimana ingin dicorakkan oleh setiap pelajar itu sendiri.


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang baru seusia jagung siam ini, Transition Point  yang terjadi adalah pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kategori pelajar berdasarkan pencapaian akdemik dan minat. Antara aliran-aliran pendidikan di peringkat menengah atas adalah seperti Sains Tulen (biology, chemistry, physic), Sains Agama (biology, chemistry, physic, syariah, arab dan alquran sunnah), perakaunan, dan teknikal & vokasional.


sememangnya tak adil untuk wanblur menceritakan tentang aliran-aliran yang lain selain aliran Sains Tulen kerana setiap aliran itu ada kebaikan, kesusahan dan skop pekerjaan yang tersendiri. Oh ya, never judge the people based on their aliran! Pelajar sains tulen TIDAK MESTI lebih bahagia dan berjaya berbanding pelajar aliran yang lain. Ada jugak pelajar teknik & vokasional yang LEBIH BERJAYA berbanding pelajar di aliran "perdana" ini.


Tempoh dua tahun selepas PMR sebelum menempuhi SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) selalunya dibahagi secara suka-suka-hati-mak-bapak-sahaja kepada tahun honeymoon dan tahun SPM. Wanblur pernah teringat dan rasai sendiri, mood selepas dapat result PMR memang malas nak mampus. Rasa macam dah capai sesuatu yang besar selepas PMR. Diri memikirkan untuk berehat dan belajar relax-relax semasa Tingkatan 4. Memang relax. Tapi, bila wanblur masuk tingkatan 5 (lebih tepat lagi bila berada dalam bulan 5), kebanyakan silibus untuk SPM dah habis diajar. Masa untuk soalan-soalan tahun lepas dan kuiz yang sangat membebankan, dan boleh membawa kepada Intracranial Ischaemic!! 


Semakin dekat untuk ambil SPM, semakin stress. Di sekolah wanblur, satu persatu peperiksaan (test) yang dijalankan daripada Percubaan SPM, soalan negeri-negeri, soalan Mara, soalan ramalan pengubal soalan serta soalan  sekolah asrama penuh memang benar-benar menyesakkan hidup. Rasa menyesal sangat ber"honeymoon" semasa tingkatan 4. Walhal, SPM consists of both years, Tingkatan 4 dan 5.


Semasa Form 5, wanblur tengok beberapa member-member yang konsisten (istiqamah) belajar dari tingkatan 4 hingga lah menghadapi SPM. Lebih senang, selesa dan kurang stress jika dibandingkan dengan wanblur. Untunglah mereka tidak "berhoneymoon" semasa Form 4 sebab diorang boleh lalui kehidupan FORM 5 secara cool dan steady!


Nasihat wanblur, selepas PMR, laluan untuk kehidupan 10 tahun kehadapan berada dan siap sedia dicorakkan oleh diri setiap adik-adik. Tidak kisah korang dapat atau minta aliran yang mana satu, yang penting, SILA LAKUKAN SESUATU ITU BETOI-BETOI. Jadikan jiran-jiran sekeliling sebagai motivasi diri dan peransang diri untuk lebih berjaya. Walaupun sekadar berada di aliran teknik & Vokasional, anda boleh menjadi seorang ENGINEER yang berharga RM5000 sebulan. Berbanding pelajar aliran Sains Tulen yang mungkin tidak sebaik anda.


Setiap aliran itu ada masa depan yang tersendiri. Dan masa depan yang berjaya dan gemilang itu diukir dan di"polish" oleh diri sendiri. Orang cakap, " man jada wa jada". Semakin anda berusaha, semakin banyak kebaikan dan mutu diri anda. Walaupun kadang-kadang impian dan angan-angan hidup tidak tercapai, tapi si Dia telah menentukan yang lebih baik untuk diri ini.


Ingat, "Pelangi muncul selepas hujan" dan "setiap usaha dan kebaikan manusia akan dibalas samada sekaligus, sikit-sikit atau ditunda untuk masa yg akan datang oleh si Dia"


Jangan leka dengan kejayaan PMR yang sementara dan sekecil sijil.
Jangan leka diulik "honeymoon"
Biar susah sebelum SPM, Jangan susah selepas SPM.


Aliran yang tidak disukai
perasaan dan minat boleh dipupuk
pastikan korang ada plan masa panjang
"apa yang aku akan jadi 10 tahun lagi?"


kbai.


p/s : Sains tulen susah oit. Namun, sains agama lagi susah tapi diorang slamber jer. urghh...stress. haha








3 comments:

Luqman Zakaria said...

buat pilihan yg terbaik k! huhu~

Anonymous said...

Kelana<--Bakal Amik result 19/12/12 nih.Nantikan~~~

Anonymous said...

Kelana<--Bakal Amik result 19/12/12 nih.Nantikan~~~