Tuesday, November 20

Kisah 1 : HFM di RTC Tunjong Kelantan




Assalamualaikum, 


Untuk pengetahuan korang, HFM atau Health For Malaysia merupakan salah satu komponen dalam National Blue Ocean Strategy 4 - Rural Transformation Program yang untuk memberi perkhidmatan serta kesedaran berkaitan kesihatan kepada semua penduduk di Malaysia. Program yang dijalankan secara percuma kepada semua yang hadir ini dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IPTA yang merangkumi dari fakulti perubatan, pergigian, dietetik, optometri, farmasi dan lain-lain yang diselia oleh pensyarah yang terlibat. 


Meneruskan legasi sejak setahun yang lalu, HFM kali ini diadakan pertama kali di RTC Tunjong, Kelantan Darul Naim selepas beberapa siri di RTC Gopeng Perak dan Sabah. Nie adalah HFM yang kedua wanblur sertai sebagai sukarelawan dan excited nak mampos nak pi kelantan. Hajat nak jumpa Nik Aziz, tapi hajat tertangguh lagi. Tak ada peluang langsung. Aisehhh.. Next time kena g melancong di Kelantan la gamaknya nie..


Bila duk dekat kelantan nie atau more specific di USM, Kubang Kerian, Benda yang paling menarik perhatian adalah awan dan makanan. Manis dan sedap gila makanan. hahaa... murah pulak mcm katkedah.. kalau macam nie larh... aishhh... heee habis program diet. Unresistable

Nie lauk first kitaorang dekat Kelantan. Walaupun hanya nasik kosong, sayur apa ntah (wanblur allergic sayur) dan ayam masak merah. Tapi, ayam dia sedap!! Damn, harap2 makyong dekatktdi nie boleh masak ayam sedap macam nie.. berbaloi..

Semasa orang lain sibuk bershopping sakan dekat Wakaf Che Yeh, wanblur jalan seround then lepak dekat sebuah kedai makan. Mee Tom Yam campur. Sedap dan pedas.Ohya, baru wanblur perasan, kebanyakkan masakan kelantan yang wanblur makan mesti ada rasa daun limau. Rasa limau. Apakah ini menu rahsia ?? haha 

Menu hari kedua ialah Pulut dan pisang-apa-ntah. Wanblur bila tengok makanan yang pelik-dan-weirdo nie memang susah sikit nak makan, tapi disebabkan lapar dan lapar, So,cuma la makan sikit pulut dan pisang nie. Perghh... manis dan sedap gila pisang.. Siap tambah dua kali. ambek kaw. Tadi cakap geli nak makan!! haha


Hari pertama program bersama dengan adik-adik Emergency Medicine USM untuk menolong diorang buat demo CPR untuk orang ramai. Diorang baik, dan rajin walaupun agak senget sikit. Eh, CPR boleh menyelamatkan seseorang tau kalau dilakukan dengan betul dan berkesan di masa kecemasan. Jangan buat malu oit kalau org tua boleh buat cpr, korang yg muda-muda ni tak tahu.. heee .. Ramai warga emas dan 30an yang datang belajar demo kali nie. Syukur


Hari kedua program ditugaskan untuk membantu pendaftaran. Walaupun agak tak mencabar dan sangat relaz, wanblur kurang suka benda nie. Yelah, dengan masalah gagap yg semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan nie.. Ini adalah satu cabaran. Kurang kelancaran buat promosi walaupun just mild gagap. Tapi, dapat salam Ketua Setiausaha Negara yang datang ke program okeyh.. Cukuplah.. heheee

Makan Seafood goreng tepung di Pantai Cahaya Bulan (PCB) memang menakjubkan. Walaupun datang malam yang gelap tanpa cahaya sunset yang cantik, wanblur layan makan. Makan, dan makan. Jarang nak makan seafood goreng nie. Kalau kat KL, banyak yang bertepung lebih jer. Nie,okeyh la. Yang paling penting, masih sama.. sos cicah dia.. sedap dan MANIS. Eh, hello... semut duk hurung kot sos yang tertumpah atas meja. Semut makan sos, wanblur makan seafood sampai lemau!!

Nie la tempat mendarat UFO yang menarik perhatian wanblur. Mungkin jodoh, bila masuk bilik dekat USM nie, buka tingkap... seteraight ternampak binatang nie.. alahai... camwhore ler UFO. Penuh gambar dengan benda alah nie dalam situasi awan-awan yang menarik. aishhh..my addiction, Cloud!


kbai


p/s: Minggu kelima psychiatric tapi masih malas-malas ibarat deepavali. aishh





2 comments:

Jie said...

Nampak kesedapan makan tu:) glup glup

Unknown said...

makanan tu yg nampak sedap..

salam kenal.. :)