Wednesday, September 12

Blog sebagai nota ingatan



Assalamualaikum,


Pertama sekali, wanblur baru saja baca beberapa blog kawan-kawan. Ada sesetengah blogger telah meninggalkan blog mereka kerana beberapa keadaan, tapi terdapat jugak ada yang telah meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Setelah lama baru wanblur tahu, Itu tue tersedar, langsung tak perasan. Alfatihah kepada semua,Semoga kalian dicucuri rahmatNya.


Bila baca balik. Entri-entri diorang. Macam tak percaya ja... Maut menjemput tanda sebarang tanda dan amaran. Hari nie kita seronok, sedih dan suka-suki bersama-sama, share dalam blog nie. Banyak perkara, Tapi, esok lusa?  Masih bernyawa kah diri ini? Tiada siapa yang tahu. RahsiaNya yang agung.


Entah la.


Bila baca blog-blog diorang.

hurmm...


rindu diorang. Diorang pernah menjadi antara blogger terawal yg wanblur kenal.


semoga entri mereka menjadi tanda kenangan. Semoga kebaikan yang ada dalam entri mereka menjadi sumber ilmu kepada orang lain. Iktibar.


Al-Fatihah.


ps: Kosong-kosong-kosong. Rasa loser gila bila lambat dapat tahu.


bye



1 comment:

Maria Menado~ said...

doa kan untuk mereka.~