Monday, March 5

Tips Score PMR

Assalamualaikum,


Entri kali nie, wanblur nak kongsi dengan adik-adik yang baru nak ambik PMR. Untuk yang sudah lepas PMR tue, pejam mata je la yer. Pertama sekali, wanblur bukan lah pelajar yang cemerlang time PMR dulu, tapi terdetik nak share something untuk adik-adik semua.

Program Motivasi UPSR Felda Cerul 2010


Yang pertama, AWAL.
Awal disini mempunyai banyak maksud dan perkara. Korunk kena start target or shoot untuk PMR nie sejak Form 1. Mesti korunk hairan kan, kenapa nak kenapa prepare awal? Wanblur pernah cuba benda nie. Kalau wanblur start dari form 1 buat nota or study slow and steady, bila nak PMR. Semua tue macam sesuatu yang biasa. Otak kita akan terlatih untuk study dan absorb more-more benda dengan cepat. Korunk tak percaya? Cuba la. Anda pasti akan merasa manisnya ilmu itu. Kalau dah form 3, jangan risau. Mula kan study anda secepat yang mungkin. okeyh? be cool.


Yang kedua, JADI PULUN.
Pulun (bahasa kedah) atau maknanya buat sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh dan excited sesangat. Really? Dulu, masa wanblur nak ambik PMR dulu, wanblur suka jadi pulun. Walaupun bila dengar cakap-cakap belakang, tapi bila result kuar. Diam lah cakap-cakap belakang tue. Korunk bila study, study kaw-kaw. Bila buat Maths, buat sampai dapat jawapan. Wanblur tahun, kalau cikgu bagi 10 soalan, mesti buat 10tue jer. Tak der nyer korunk nak tambah2 soaan lain. Ryte? Okeyh, wanblur pun sama. Jadi, disebabkan kemalasan wanblur nie, wanblur untuk soalan yang diberi, wanblur akan buat sampai dapat jawapan Then, cube fikir-fikir kenapa dan macamana wanbur ley dapat jawapan tue. Kena mainkan fikiran sikit. Jangan malu tengok jawapan dekat belakang. Tapi, malulah bila just tengok jawapan, tapi tak fikir kenapa boleh dapat jawapan tue.


Yang ketiga, ANAK KESAYANGAN CIKGU
Jadikan diri anda seseorang yang cikgu anda akan kenal dan ingat anda. Tapi, biarlah cikgu anda ingat yang baik-baik tentang anda. Anda ikhlas belajar, Ikhlas hormat cikgu Cikgu anda akan teringat benda-benda baik tentang anda. Itu akan menjadi doa cikgu itu untuk anda. Percayalah. Walaupun anda bukanlah top scorer, or top student, or top dalam semua subjek. Jangan risau, korunk hormati dier, buat jer apa yg dier suruh. Beliau akan ingati anda.


Yang Keempat, LUMBA DGN KAWAN
Dekat sekolah wanblur, diorang memang teror gak la. Teror dari wanblur. Terasa tercabar kejantanan bila diorang dapat no top 10. Sesekali rasa nak jugak merasa dapat no yang bagus-bagus nie Ye tak? Korunk tak teringin ke? . Jadi, korunk kena set target. Aku kena dapat no atas budak nie. wajib wajib wajib! Mula-mula target la no yang jangan impossible, sikit-sikit naik. memang la, korunk mesti pelik, nak success PMR tp kenapa perlu lumba no terbaik? Jawapannya, Bila anda dapat no yang terbaik, anda akan berusaha agar tidak ada orang akan pintas korunk. Korunk akan push all your efforts, more share dgn kawan, be peer teaching. Bila disitu, anda akan rasa apa yang wanblur rasa time PMR dulu.


Yang PALING UTAMA.
 JAGA HUBUNGAN ANDA DENGAN ALLAH. Walaupun anda huha-huha.. tapi cuba dan berusaha untuk berubah.

Selamat berjaya



Never thinks to much on worries, More thinks about successful. Pejam mata. Cakapkat diri anda boleh berjaya dalam PMR. Senyum sendiri. Lakukan yang terbaik selepas buka mata. 


bye

 
 
 

1 comment:

Tips Peperiksaan said...

entry yang menarik...tahniah.
semoga terus sukses dalam apa jua peperiksaan