Sunday, March 11

Seindah Bayangan

 

Hari Jumaat lepas, 9 Mac 2011. Wanblur dan beberapa orang kawan kena menjadi fasilitator untuk rombongan pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan USIM ke PPUKM. Mainly tujuan rombongan ini adalah untuk pertukaran idea-idea antara pihak fakulti ukm dengan pensyarah-pensyarah USIM. Beberapa puluh pelajar turut dibawah bersama untuk sesi bersama fasilitator. 

Secara umumnya, kitaorang kena bawak diorang pergi Wad Perubatan dan kongsi pengalaman dengan mereka. Kalau orang lain, mungkin diorang boleh kongsikan pengalaman yang bagus-bagus untuk budak kumpulan diorang. Wanblur? Lu sendiri pikir la. Merepek je lebih.

Ada satu pertanyaan yang diorang ajukan:

"Jom pergi wad Surgery. Boleh tengok benda best macam dalam TV (televisyen)"


Wanblur dah rasa soalan nie mesti ada yang tanya punya, Bila dengar ada orang tanya, rasa lucu pulak. Yelah, semasa wanblur masuk fakulti nie dulu pun. Wanblur nak tengok benda-benda macam dalam Tv. All best-best things about medical seperti dalam cerita House, Grey Anatomy, Private Practice, The Surgeon, The Medical Dragon Team, Cinta Medik dan yang seumpama dengannya.

Sejujurnya, It's totally not the SAME like TV shows.

SO, jangan haraplah korang dapat arah-arah nurse dengan membuta tuli, boleh ponteng-ponteng bila rasa bosan, boleh selamatkan semua yang korunk jumpa (walaupun korunk juts Observer).

Ini dunia sebenar. SHow dekat TV is just a show in Tv. Dunia sebenarnya banyak laluan dan cubaanya. Daripada diri sendiri, hinggakan kepada lifestyle korunk. Semuanya akan dipengaruhi secara sikit-demi-sedikit bila menyusuri perjalanan ini. 


Seindah Bayangan
Seperti laluan-laluan lain dalam hidup ini,  being medical students just a path of them. The wonderful and beautiful about that path is totally depends on your act, your heart, and your behaviour. Seindah mana bayangan ini dalam dunia korunk. Korunk yang tentukan. Sudah ramai yang mencipta bayangan yang lebih indah daripada khayalan-tipuan di TV.


Seindah Bayangan.
Indah lagi bayangan dengan indahnya diri kita.


Your grades do not measure your intelligence, dude.
-Amira Ab Aziz-
 
Nota : Esok start kelas resite posting O&G, 
"Ya Allah, aku berserah kepadaMu segala-galanya, Engkau berikan yang terbaik untuk diri ini, Engkau berikan juga kekuatan untuk melalui perjalanan yang Engkau berikan ini.Amin."


1 comment:

.........cP~ said...

Salam.

Errr.Sedikit panas di situ. Arah2 nurse? haha.

Memang tak sama langsung dengan dalam TV.