Saturday, February 25

[PFE] : PostFinalExam Semester 6

Assalamualaikum korunk,

Wanblur baru sahaja habis final exam untuk semester 2 Tahun 3 (semester 6) hari khamis lepas. So, lepas exam macam biasa lah, mood happy go lucky dgn semua ilmu-ilmu nota exam ntah terbang kemana. Hilang. fullstop.

Untuk semester nie, wanblur ambik 2 paper jer. 1 paper Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) dan 1 paper lagi the killer's one, Internal Medicine. 2 paper yang setiap satunya ada 1 paper teori, 1 paper osce, dan 1 ppd session (Profesional & personality Development). So macamana?? Hurm... tunggu keputusan keluar. Dah buat yg terbaik untuk diri sendiri, biar Allah yang menentukan. Ryte?


Okeyh, skunk part story teller untuk whole semester.


Posting JKM Kuala Selangor
Sepanjang posting JKM dekat Kuala Selangor, wanblur sangat-sangat rasa heaven bila masuk posting nie. Tapi, korunk jangan tertipu dengan perkataan heaven nie. Masa masuk posting jer tak der kerja sangat, tapi dekat last-last posting. Jadual penuh dengan presentation dan folio bagai. Kerja memang la lakukan secara berkumpulan, dan korunk mesti paham. Btw, korunk jangan ingat wanblur pun tak menjadi ULOR. ulor besor nie. haha


Secara ringkasnya, dalam posting nie wanblur atleast dapat pendedahan tentang perkhidmatan kesihatan dekat malaysia nie. Yelah, duduk dekat PPUKM wanblur kurang pendedahan tentang benda luar. Bak kata pepatah, "wanblur bawah tempurung". Tapi, untuk awal posting kat sini,wanblur tak join sangat sebab On Medical Certification (MC) untuk Tonsilectomy. Alhamdulillah, lepas weekend dah boleh kembali ke sana.

Bila kat sini, korunk dapat tau la tentang beberapa perkara seperti pusat kesihatan daerah (PKD), klinik kesihatan, hospital daerah, loji air, fogging dan lain-lain. Aktiviti tak padat macam dekat ukm. Sangat-sangat heaven.Keluar pagi pukul 7.30pg.pukul 12tgh or 2ptg dah ley balik. Tidur. Malam online dgn wifi jiran. Before 12mlm dah tidur. NO HOMEWORK!!! hehe ala-ala Pre-wed Honeymoon. hoho  ^___*

Tapi, disebalik ke"honeymoon" yang happy-happy nie. Bila nak habis posting ada presentation Occupational Hazard, SOCSO, Family health medicine, epidemiology, health management, environmental health, general survey, dan Intervention Programmes. Workloaded!! MAsa nie la, kawan jadi lawan. Lawan jadi kucing manja. erk!

Anatar kenangan kat sana :
  • Basuh baju dan seluar guna tangan dalam tandas yang kecik nak mampos.
  • buat survey rumah orang. Dilayan dgn baik, dilayan ala kadar, dan tak dilayan. hehe
  • First time pakai sunblock untuk memastikan kulit tak terbaru sepanjang survey tengah panas.
  • intervention program yang first time mendapat sambuatn sampai kemajlis penutup. fuhh.. Interesting + sporting-supporting masyarakat.
  • makan nasi goreng ayam dekat tepi Gym. Jumpa Sarah.
  • ice blended mocha rm3 sebijik.
  • fogging rumah orang, dan terasa ala-ala Fogger profesional.
  • layan kemenangan Malaysia piala sukan sea di Restoran mamak!
Posting JKM diakhiri dengan VIVA (sesi soal-jawab exam) dengan supervisor dan Mini test untuk statistik. Masa nie baru rasa banyak gila benda kena catch masa pergi pkd dan lain-lain. Merana kemudian hari tiada gunanya. SO, nasihat wanblur kepada sesiapa yang sama course dgn wanblur, enjoy tetapenjoy, tapi gunakan sepenuhnya ruang untuk tambah ilmu.Tak tambah ilmu, tambah kawan. ryte? hehe


Berkelah antara Posting
Kalinie, member-member wanblur kitaorang pergi berkelah dekat sungaiYam. Aktiviti rutin untuk men"family"kan rakan-rakan.Yoleh, kalau posting lain-lain group. semuanya busy dengan aktiviti posting dan berjauhan selalu. Inilah time nak gathering-gathering. Ingat blogger jer ada gathering??hehe
 


Posting Internal Medicine
Untuk pengetahuan korunk semua, inilah posting paling tough, bermuscular dan risky. Wanblur bukan la macam rakan-rakan yang lain Diorang rajin dan pandai. Sepanjang posting nie, wanblur banyak dapat teaching dari Dr A dan Prof R. member group pun sangat-sangat membantu. Banyak workshop untuk dihadiri dan tajuk untuk study group yang berlambat nak mampusssss.. (please take note no.of s). 

Untuk posting nie,wanblur :
  • Kenal sorunk member untuk sharing-sharing story.
  • dapat banyak blood, pasang line, abg, culture, dll. Banyak ada ward je la. Kat luar malas nak attend.
  • Banyak buat PE dgn kawan-kawan. (wanblur observe je)
  • semakin banyak patient, semakin banyak karenah
  • Jumpa sorunk patient yg koma sebab poisoning. SKunk dah sihat sikit. 
  • berat naik 2kg sepanjang posting. Lg heaven dr JKM. :P
  • Jangan belajar last minute
  • Selalu lah baca buku.

Posting IM diakhiri dengan Long case yang mencabar minda tapi banyak kelemahan diri yang disedari Orang kata, "wanblur kena marah,baru terasa kebodohannya". kan.

Lepas Final Exam. Ada jamuan group 4 untuk sepanjang tahun 3 nie.




Thanks for your helps during my 3rd year. Hopefully, all of us pass to 4th year. amin.

Thanks for reading this long-long story.

 

1 comment:

Anonymous said...

Ηow the ѕplint works

Fеel free tо visit my sitе - snoring center cost