Sunday, February 12

Indahnya Cinta itu.


Assalamualaikum semua,


Cinta,
Apa itu cinta
seandainya cinta itu bisa diterjemahkan
atas nama apa cinta itu tersebar
Cinta Pencipta
Cinta dicipta.



Selepas mengodek-godek Syeikh Google, Dapat jugak bahan-bahan yang wanblur share dengan korunk pasal Valentine's Day. So, enjoy reading...


Mengapa Valentine's Day. Apa maksud Valentine itu?

             Daripada sumber-sumber yang wanblur dapati, Valentine merupakan seorang paderi Katolik besar semasa zaman pemerintahan  Claudius II di Rom. Terdapat dua kisah yang menjadikan hari ini sebagai hari Valentine's Day, daripada sejarah am yang kita selalu jumpa dalam internet, dan dari sejarah yang dipendamkan oleh beberapa golongan kuasa besar kristian yang menyebabkan susah untukkita mengetahui sejarah yang lain.

Menurut Sejarah Kristian,


                    Pada Zaman pemerintahan Claudius II di ROm sekita 270AD, maharaja Claudius II beranggapan bahawa lelaki yang bujang adalah yang terbaik untuk dijadikan tentera ROM yang gagah dan setia berkhidmat untuk meluaskan jajahan takluk Rom. Oleh sebab itu, Raja Claudius II menitahkan bahawa tiada perkahwinan dibenarkan dalam negara Rom. Tetapi, terdapat dua paderi besar yang menentang arahan ini dengan mengahwinkan pemuda-pemuda Rom dengan perempuan pilihan mereka senyap-senyap, iaitu St.Valentine dan St. Marius. Perbuatan mereka berdua dihidu oleh kerajaan Rom, akibatnya kedua mereka ditahan dan dipenjarakan.

                    Disebabkan raja Claudius ini menganggap tuhan yang sebenarnya ialah Tuhan Rom. Sepanjang St.Valentine dipenjarakan, beliau tidak henti-henti memaksa St. Valentine mengaku akan kewujudan Tuhan Rom itu. Tapi sebaliknya yang berlaku, St. Valentine dengan keras hati menolak pelawaan Raja Claudius II dan mengajak raja tersebut memeluk agama Kristian. Lama- kelamaan, Raja Claudius menjatuhkan hukuman mati keatas St.Valentine atas kesalahannya mengahwinkan pemuda rom dengan gadis rom,dan mengikari arahannya. 

                    Penduduk Rom memperingati pengorbanan St. Valentine kerana perbuatannya yang kekal utuh untuk menyebarkan agama Kristian dan menyebarkan kasih sayang di Rom. Nasib St. Marius tidak dapat dikenalpasti.



Sejarah Valentine Menurut Islam (yg disembunyi oleh Kuasa Kristian)

                  Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi (14 Februari 1492  begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine. 


Pendirian Malaysia (FATWA)

                  Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam” 

                     Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

          Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M )



Risalah Cinta dari Islam

Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.  


Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)


Sumber rujukan/copy:
  1. http://www.islam.gov.my/sambutan-hari-kekasih-salah-di-sisi-islam
  2. http://ohislam.com/haram-menyambut-hari-kekasih-valentines-day/
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Saint_Valentine
  4. http://www.newadvent.org/cathen/15254a.htm - Catholic encylopedia
  5. http://www.catholic.org/saints/saint.php?saint_id=159



- bubye-

 

4 comments:

Nana said...

say no to valentines day...huhu

Shiema Sufian said...

nice entry. lupakanlah valetine, tetapi lebihkan zambutan kpada hari hari Islam.

Si BuDaK KaChAk said...

no awek maka no valentines day,,,heheh

Naddyamal said...

sejak ble google dpt sheikh (==)