Wednesday, February 15

Geng Kita


Hari nie sebenarnya, wanblur tak ada idea sangat-sangat nak story-mory apa dengan korunk. Pagi bangun lewat. Pergi makan sarapan double with tengahari. Melayan nota epid sampai tersenguk-senguk. Balik petang tengok benda hot dalam facebook group batch wanblur, malam pergi menggila dalam gym sesorunk. Balik buka facebook. Tadaaa...

Geng Kita.

first of all, bukan nak riak or nak tunjuk bicep sapa yang besar. Just tadi buka facebook study group wanblur, ada sorunk budak nie, tunjukkan gambar nie :

couldn't be more proud with u guys.. "hasil study group".. may it can help u guys for upcoming exam.. arghh.. byk nk kne bace wooii.. hahah.. bace! bace!.. goodluck! - Si Invisible
Sejak sekolah tadika, ke sekolah hidung berhingus, sampai ke sekolah matang, dan masuk uitm, inilah first time wanblur ada study group. Ini semuanya kerana saranan dan pandangan daripada senior-senior wanblur yang selalu share dengan kitaorang. Hampir kesemua budak2 batch wanblur ada study group. Sama ada berjalan ke tak, itu citer ke tiga,

Masa mula-mula Geng Kita nie tertubuh, wanblur dengan syed punya idea. Cari sorunk-sorunk. Ye lah, orang lain dah penuh, dah jalan dah study group time surgery posting dulu, kitaorang maish mencari dan mencari. Akhirnya, dapatlah 4 org, jadikan semuanya 6org... Time 2nd sem, nie tambah lagi sorunk ahli. Konklusinya, (bukan Konklusi Nurul), Geng Kita ada 7org ( 4 laki, 3 perempuan).

Orang cakap study group nie susah. Komitmen.
Hurm... wanblur akui, study group nie kena ada komitmen, Komitmen dr setiap ahli group. Kadang-kadang semangat membara, senang jer. Tapi, kekadang (occasionally) ada jugak yg x dapat hadir. ada hal peribadi. Itu semunya dugaan study group. Manusia. Mana ada yang sempurna. Jadi, kita just boleh berharap untuk jadikan satu kumpulan nie, sebuah kumpulan yang baik.

Disini, aku belajar banyak benda :
  • pentingnya kerjasama
  • pentingnya perancangan
  • pentingnya masa
  • pentingnya komitmen
  • peningnya kawan


anyway,
tak nak cakap banyak-banyak. Kalau kuar air liur basi pun, korunk bukan nak lap pun. haha

AHLI GENG KITA (gambar Profile Picture FB ). hehe

Thanx for your teachings.

Semoga semua lepas masuk ke tahun 4. Tahun 4, kita teruskan group nie yer. huhu Insyallah.


Kawan,
andainya engkau mengerti
betapa ertinya engkau padaku
besar ertinya pada diri ini.

bubye

1 comment:

hawiz said...

rajin study grup.